Mungkin
Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui
insan yang betul
supaya apabila kita akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan
nikmat pemberian dan
hikmah di sebalik pemberian
tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan
terbuka tapi lazimnya
kita akan memandang pintu yang telah
tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telahpun dibukakan untuk
kita.
Kawan
yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian
dan berbuai bersama
tanpa berkata apa-apa pun dan
kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang
paling hebat yang pernah
dialami.Memang benar yang kita tidak
akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan
juga benar bahawa
kita tidak tahu apa yang kita
rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi
seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan
menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai
balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah
ia terus mekar di dalam hati anda.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam
untuk menyukai
seseorang, satu hari untuk menyintai
seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan
seseorang.
Jangan
pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar
kemewahan kerana ianya
akan susut. Carilah seseorang yang
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman
untuk mencerahkan
hari yang suram. Carilah yang
membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan
apabila anda teramatkan
rindukan seseorang sehingga anda
ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan
sebenar.Mimpilah apa yang ingin
anda mimpikan, pergilah ke mana-mana
yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda
hanya memiliki satu
kehidupan dan satu peluang untuk
melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga
anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik,
percubaan yang cukup
untuk membuatkan anda kuat,
kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan
harapan yang cukup untuk membuatkan
anda bahagia. Selalu bayangkan diri
anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,
fikirlah ia mungkin
menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan
seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik.
Mereka hanya membuat
yang terbaik dalam hampir apa saja
yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak
kepada mereka yang menangis,
mereka yang terluka, mereka yang
telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh
menghargai kepentingan
manusia yang telah menyentuh hidup
mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan.
Masa
depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah
dilupakan. Anda tidak boleh
meneruskan kehidupan dengan sempurna
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa
anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum.
Teruskanlah
hidup anda supaya apabila anda mati
nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang
akan menangis.
Wallahu A'lam.